Tuesday, 12 August 2014

Da lama sungguh kiranya aku tak berbual dalam blog kesayangan ini..

X perlu la aku membebel menerangkan akan sebab musabab akan kehilangan dan kesepian blog ini setelah lebih sebulan ditinggalkan.. xda sapa yg peduli dan alasan aku hanya lah alasan semata2..

Sekarang aku merasa seperti mahu berborak seorang diri dan di mana lagi tempat yg lebih afdhol untuk aku ceritakan kisah sendu hidup lara aku ni kalau bukan di dalam ni.. di mana semua benda hanyalah kata kata dan tiada apa yg betul2 solid molid untuk dijadikan fakta kes atau untuk memenangi argument.. wah awal2 lagi da merepek-pepek..

Ada beberapa perihal yg ingin aku ketengahkan..

Yg pertama adalah berkenaan kisah perbandingan antara pelaburan dalam saham amanah bumiputera against the famous unit trust (public mutual, cwa etc..)

Kisah aku dgn unit amanah bermula seawal aku berusia 21 tahun, iaitu pada tahun 2008, aku telah pulang ke tanah air membawa sejumlah uang tunai sebanyak lebih kurang rm10k untuk dilaburkan..
Aku diperkenalkan dgn seorang agent unit amanah yg mewakili cwa (cimb wealth advisor)..tapi malang nyer aku da lupa akan nama encik tu.. dan aku takda niat pun nak ingat nama lelaki tu sbb die adalah seorang yg tidak bertanggungjawab..

Kisahnyer.. ketika aku pulang ke Malaya pada cuti musim panas tahun 2007/2008 aku telah membawa pulang sejumlah uang yg agak lemayan hasil pemberian generous encik MARA sewaktu tahun pertama pengajian, sepatutnye digunakan untuk beli barang itu ini termasuklah buku2 untuk pengajian kejuruteraan. Tapi faculty engineering kami sangat bermurah hati kerana mereka menyediakan nota2 dan kertas kerja untuk pelajar, mungkin juga kos untuk semua nota dan kertas kerja itu sudah termasuk dalam yuran pengajian, itu aku tak pasti.

Anyhow, berbekal uang sebanyak rm10k aku telah membuat pelaburan dalam unit amanah melalui CWA.. dan selama 3 tahun aku tidak mengusik uang itu, dan selepas tempoh pengajian aku tamat dan aku pulang ke Malaya pada tahun 2011, aku telah cuba menghubungi kembali agent CWA tersebut, tapi malang sekali manusia itu telah pun menukar no telefon nye dan gagal untuk dihubungi melalui telefon, bahkan juga melalui email.

Disebabkan kesakitan hati dan perasaan x puas hati dgn perkhidmatan dan ketidakbertanggungjawaban agen cwa tersebut aku telah membuat keputusan untuk menyemak sendiri jumlah baki pelaburan unit amanah itu setelah lebih 3 tahun di laburkan.

Alangkah terkejut dan hampa rasa hati aku bila mendapat tahu bahawa pelaburan sebanyak rm10k yg aku mulakan pada tahun 2008 itu telah mengalami kerugian. Baki pelaburan pada tahun 2011 yang aku semak pada waktu itu adalah sebanyak RM9600 walhal sewaktu mahu memulakan pelaburan, aku dikhabarkan bahawa pelaburan itu mampu menjana dividen dan bonus dgn peratusan yg jauh lebih tinggi dari asb atau skim pelaburan lain yg ada dalam Negara pada waktu itu. Aku telah dijanjikan peratusan pulangan dividen setinggi 20 – 30% setahun menerusi pelaburan unit amanah CWA tersebut.

Cuba bayangkan bertapa kecewa dan marahnya aku pada waktu itu setelah mendapati aku telah mengalami kerugian sebanyak rm400 sedangkan aku telah mengharapkan keuntungan setidak2 nya 1k or 2k hasil simpanan/pelaburan selama 3 tahun tersebut.

Akibat dari perasaan hampa dan kecewa aku telah mengambil keputusan untuk mengeluarkan semua baki uang yg masih tersimpan di dalam acc itu dan menutup terus acc tersebut. Aku kemudiannya telah berhubung dgn seorang agent public mutual bernama Jia Ling, seorang amoi yg sungguh manis perilaku dan gaya bahasanya. Hasil dari pertemuan kami itu, aku telah mengambil keputusan untuk menyimpan rm7k di dalam public mutual yg akan diuruskan oleh saudari JL. Pada mulanya aku agak sangsi akan hasil yg akan aku peroleh dari pelaburan ini, tapi atas dasar mahu mencuba dan mahu memberi peluang kedua kepada unit trust, aku telah meneruskan dgn rancangan pelaburan itu. Mungkin juga kerana JL telah Berjaya memenangi keyakinan aku tentang potensi keberuntungan pelaburan itu pada waktu tersebut, iaitu sekitar pertengahan tahun 2011.

Setahun berlalu dan pada akhir  tahun 2012 aku telah menyemak hasil pelaburan dgn jia ling. Sekali lagi aku dikejutkan dan menerima berita buruk bila aku mendapat tahun pelaburan itu telah mengalami kerugian akibat dari penurunan pasaran di Negara China. Pada masa yg sama, aku telah didedahkan tentang keselamatan dan keterjaminan pelaburan dgn ASB. Aku juga telah dimaklumkan tentang pilihan membuat pinjaman dari bank2 utama Negara seperti Maybank, CIMB, RHB dan lain lain untuk digunakan sebagai modal pelaburan dalam Amanah Saham Bumiputera oleh PMB.

Tanpa berlengah aku telah menghubungi JL dan meminta dia mengeluarkan semua uang pelaburan yg berbaki RM6800 itu dan telah menyimpannya di dalam akaun maybank aku.

Aku lalu terus pergi ke maybank dan membuat permohonan pinjaman pelaburan ASB berbekalkan baki duit yg tinggal untuk digunakan sebagai uang pembayaran balik pinjaman berjumlah rm597 untuk tahun pertama. Proses permohonan pinjaman berjalan lancer kerana aku tidak punya sejarah atau rekod kurang elok dgn bank atau mana2 institusi kewangan. Pada awal tahun berikutnya, aku menerima pulangan dividen sekitar 7.5% tapi telah diproratakan kerana tempoh pelaburan tidak sampai 1 tahun.

Tahun kedua pelaburan menampakkan hasil pelaburan yg konsisten di mana dividen dan bonus sejumlah 7.8% telah aku peroleh. Kali ini aku mendapat hasil penuh kerana tempoh pelaburan cukup 1 tahun.
Aku menggunakan sebahagian dari hasil pelaburan untuk membayar semula bayaran bulanan pinjaman pelaburan ASB dan aku bercadang untuk berbuat sedemikian sehingga tamat tempoh pembayaran balik iaitu dalam masa 25 tahun.


Sehingga kini aku masih meneruskan pelaburan dgn ASB dan berasa sangat teruja setiap kali awal tahun kerana aku bukan saja akan dapat bonus dari majikan malahan dari PMB. Namun demikian, aku harus sentiasa ingat bahawa wang bonus ASB itu aku perlu asingkan sejumlah besar untuk digunakan sebagai pembayaran balik pinjaman. Jika aku gagal berbuat demekian, aku mungkin berdepan masalah besar untuk membayar balik setiap bulan dan pelaburan ASB tersebut berkemungkinan untuk dibatalkan dan aku akan mengalami kerugian yg amat teruk.

nampaknya minat dan keinginan aku untuk meneruskan bual dalam coretan kali ini sudah sampai ke hujung nya. sehingga berjumpa di lain masa.. 

adios~~

30 comments:

  1. kalo encik masih berminat dengan pelaburan encik boley direct dekat sy.. sy sudi bantu dan memberi pemcerahan ttng itu.. nie no sy 0173846001..

    ReplyDelete
  2. kalo encik masih berminat dengan pelaburan encik boley direct dekat sy.. sy sudi bantu dan memberi pemcerahan ttng itu.. nie no sy 0173846001..

    ReplyDelete
  3. rugi besar brader. ni la problem investor melayu, baru setahun dua invest, rugi pun baru 200,400 dh nak surrender dan terus ke jalan mudah. senang je nk bgtau, kalau bende tu byk halangan, byk la pulangan - ut. kalau bende tu xde halangan, risiko, sikit la pulangan - asb. nak2 plak lu buat loan asb. hmmm. cer kira untung kau lpas 25 tahun, tolak loan, tolak plak interest kau bayar bulan2. brp sgt. berbaloi ke dapat byk tu utk 25 tahun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol tu sy stuju.. itula kita.. baru setahun dua da surrender

      Delete
    2. Btol bro..bawah 3 tahun,xyah la melabur..stakat ni client sy,lepas 5-6 tahun ade yg dpt 100%..sronok tgok..

      Utk setahun dua pertama nk kene cover service charge dulu..

      Biase sy akan saran simpan lebih 6tahun..fund yg aggressive,high risk..memg high return..

      Delete
    3. investment saya since 2011 masih bole exceed initial investment lagi..katenya mengumpul unit,tp price unit tak naik pon tak guna juga kan

      Delete
  4. ut ni utk med-long term investment. utk 1-3 tahun mmg x nampak sgt. biasala, hero jatuh dulu...

    ReplyDelete
  5. ut ni utk med-long term investment. utk 1-3 tahun mmg x nampak sgt. biasala, hero jatuh dulu...

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Terima kasih atas perkongsian to blog owner. Panjang langkah sudah terlibat dalam dunia pelaburan.
    .
    Tentang pengalaman anda melabur dalam China Fund tu, memang hakikat beberapa tahun lepas memang agak slow movement nya tapi dalam 2 tahun terbaru ini China Fund dah improve banyak - adalah dalam 10% profit per year kalau refer rekod tahun terbaru 2015. Yang lebih baik adalah dengan memilih Dana Islamic 100%, dah lah syariah compliance, yearly profit pun bagus sekitar 9%-15% per year. Past record does not guarantee future performance tapi menunjukkan potensi sesuatu dana itu.
    .
    Saya adalah Unit Trust Consultant (UTC) - agen unit trust investment untuk Public Mutual & lokasi utama dalam tugas adalah kawasan Johor Bahru, Kuala Lumpur, Selangor & Penang.
    .
    Minimum permulaan RM1000 sahaja. Boleh melabur dari akaun KWSP (berdasarkan kelayakan). Cash investment pun boleh & ada pilihan untuk ambil pelan tambahan bulanan serendah RM100 per month sahaja. Dana Islamic 100% juga ada (Approved Syariah Compliance Funds). Pelaburan untuk jangka masa panjang sahaja above 5 years. Keuntungan sekitar min 9%-15% per year.
    .
    Bagi sesiapa yang berminat melabur dalam Unit Trust, boleh lah juga hubungi saya melalui mobile atau email. Jika hanya ingin mengemukakan soalan, anda juga dialu-alukan. Terima kasih.
    .
    Jas
    Unit Trust Consultant / Perunding Unit Amanah
    Co: Public Mutual Berhad (wholly-owned subsidiary of Public Bank Berhad)
    T: +6017-7055 381
    E: jas.elegant@gmail.com
    W: www.facebook.com/investment.unittrust
    .
    " Why not try, let's say 10 years investment period & gain minimum 9% profit per year? Reports on fund past performance available just to show the ability of the fund. Feel free to request for one ! "

    ReplyDelete
    Replies
    1. whatsapp me Nazrin Ramlan.. 017 384 0384

      Delete
    2. PM Done. Hope to keep in touch.
      .
      Jas
      Unit Trust Consultant / Perunding Unit Amanah
      Co: Public Mutual Berhad (wholly-owned subsidiary of Public Bank Berhad)
      T: +6017-7055 381
      E: jas.elegant@gmail.com
      W: www.facebook.com/investment.unittrust

      Delete
  9. Skrg banyak teknik optimumkn perolehan pelaburan asb..risiko rendah dari labur ut. Banyak baca,banyak ilmu dapat. Free. 0179575911

    ReplyDelete
  10. pnb pegang asb manakala pmb belongs to mara, jgn keliru sudara

    ReplyDelete
  11. Kena hati2 dgn ayat manis agent investmen ni sebenarnya. Diaorg akan dpt untung bila kita invest, and ramai yg sblm masuk, selalu update tanya itu ini. Lepas dah masuk. Sunyi sepi.

    ReplyDelete
  12. Saya join Cimb cwa bukit beruntung lebih 5 tahun, keuntungannya ialah negative Rm2500 pada tarikh mar 2019. Agent Dulu janji manis kata profit 20- 30% lebih tinggi dari kwsp.Hampeh..bila rugi macammni sekarang ni boleh sound pulak saya yang saya ni tak ade ilmu.. So memang mengarut.. Mereka naek keter mewah satu dunia pusing..dah rugi macamni pelabur dipersalahkan.. Hakkk tuihhh lah, so saya dah tutop CWA cimb

    ReplyDelete
  13. Saya join Cimb cwa bukit beruntung lebih 5 tahun, keuntungannya ialah negative Rm2500 pada tarikh mar 2019. Agent Dulu janji manis kata profit 20- 30% lebih tinggi dari kwsp.Hampeh..bila rugi macammni sekarang ni boleh sound pulak saya yang saya ni tak ade ilmu.. So memang mengarut.. Mereka naek keter mewah satu dunia pusing..dah rugi macamni pelabur dipersalahkan.. Hakkk tuihhh lah, so saya dah tutop CWA cimb

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol sangat bro..diorg tau jual unit je,cukup target bole pegi melancong, dancing2,dinner letop2

      Delete
    2. saya mintak maaf bagi pihak agent2 wlau pun saya bukn under cwa tapi rasa kesal plus kesian atas agent2 yg overpromised untuk kejar sales.Patut agent yg ajar dan guide client dan buat sehabis baik utk pihak clients.Bukan sound2 clients.Macam ni encik,apa kata saya terangkan balik psl unit trust and tolong encik.saya tak mintak pape pun.just nak menjernihkan air yg keruh..boleh contact saya,Amzar 017-7696424

      Delete
  14. Saya baru berjumpa client yg dah lama invest dgn cwa tp kini nak tutup akaun cwa sebab agen nya hilang dah lebih 5 thn dan tgk statement katanya x menguntungkan. kalau less than 5 yrs mmg x nampak keuntungan tu. tapi skrg beliau bercadang meneruskan investment dgn unit trust dan memilih public mutual. reasonable return 8-12% ikut pd dana mana yg dilaburkan. for info boleh hubungi saya: Cik Wani 012-7989746

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama je jalan cerita.. Orang yang sama juga Dulu buat cwa sekarang unit trust lain.. So sama je ayat 20-30% lebih untung.. Sembang kari la..

      Delete
  15. Sembang kencang je UT ni. Sorry ak tak.percaya. baik ko labur saham je.tp kene ad ilmu.bukan labur mcm main judi

    ReplyDelete
  16. saya pun pernah join UT (public mutual)xsilap tahun 2010,tiap2 bulan rm500 tak smpi setahun lepastu stop dah rm500 tiap2 bln..kalau ttp skrg akaun UT tu agak2 dpt balik tak duit yang kita labur tu..tolong jawab pertanyaan saya nie?terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh encik..cuba encik contact balik agent encik..atau kalau encik ada account public mutual online,encik boleh check terus dari sana

      Delete
  17. Not worth it to invest under cwa especially using your epf money , I invested since 2003 to 2019 still don't see much incremental ,better leave it in your epf account and enjoy yearly dividen, don't fall into this agent sweet talk. Full of crap and shit..

    ReplyDelete
  18. Hanya mereka yang bodoh mudah terpedaya dengan janji2 manis UTC. Untuk rekod, pelaburan unit trust adalah paling merugikan di dalam dunia ini.

    ReplyDelete
  19. bang, unit trust perlu at least 5 tahun bang baru nmpk untung..unit trust ni untuk jangka masa panjang..2 ke 3 tahun tu normal la rugi

    ReplyDelete