Wednesday, 8 January 2020

Jom berbual lagi...


20200109 1030

Hi y'all!!

Since I am superbored at office today with nothing to do… I thought why not post a blog entry? Dah berapa harini asyik dok melayan Netflix je… baiklah aku menulis… dapat lah jugak aku meluahkan perasaan ke, berlatih menaip ke… praktis English ke…. Tapi ni hari aku x rasa nak speaking English, so aku akan tulis campur2 dalam Malay and English…


So as usual, untuk membuatkan penulisan ni lebih berstruktur, aku akan listkan dulu topik2 yg aku nak bualkan disini…

1.       Kisah orang sombong

2.       Kisah interview

3.       Kisah pindah rumah lagi

4.       Kisah perbelanjaan.

5.       Kisah hilang semangat dan keseronokan hidup

Oklah tu… 5 je lah dulu… kalua banyak sangat topik karang aku x dapat nak kupas dgn panjang dan dengan lebih detail… sbb nnt tangan dah penat, dan mata da rasa berpinau…

1.       Kisah orang sombong


Actually aku pun x berapa nak suka nak cakap pasal perkara ni, Cuma aku agak terasa hati dengan tingkahlaku beberapa kawan aku la… ada lah satu video ni aku dapat dari group whatsapp GOD, pasal kak vivi yg membebel pasal fonen nak tanya something tapi sibuk nak ber-hai hai dulu pulak…

pada aku video tu sangat lucu dan aku gelak besar bila tengok sbb telatak kak vivi ni mmg suker over… so aku pun forward la video tu ke kawan2 aku yg aku rasa akan enjoy the video jugak… actually, xda pun berharap untuk dapat respons dari diorang… tp bila x dapat response, dpt double blue tick je, aku rasa mcm kecik hati la jugak… 

Aku pun x pasti samada perasaan kecik hati aku tu berasas atau tidak… tp aku pun x faham kenapa kau x nak response kan… atleast LOL ke apa ke… ni tidak… kau dah kenapa? Nak nyombong ngn orang tak semena2… aku dengan kau kawan dah lama kot… tp kau buat layan tak layan je… busy bebenor ke hidup kau tu? X boleh nak bagi response walaupun sepatah perkataan?


Bikin bingit aku je bila fikir balik…

Tp aku ni xda la suka berdendam ke apa… dan aku pun fikir2 balik… aku nak kecik hati ke nak merajuk ke pun xda faedah nyer… so lantak la diorang x nak response pun, aku x perlu nak kecik hati… nnt kalau ada video2 yg kelakar lagi, aku forward je la lagi… kalau aku tengok dia x response lepas da baca pun, xpe la… niat aku nak share aje… sbg bahan gelak ketawa… benda bukan2 aku x share pun… benda2 lawak je aku share… dan kalau xda balasan pun xpe lah… yg buat sombong diorang, aku x sombong pun…

 walaupun dah ramai yg bagitau aku yang aku ni mmg ada muka orang sombong… tp aku perangai x sombong pun dik non… aku ni peramah jugak la orang nyer… tp xda lah terlalu ramah dengan orang x kenal pun nak bertepuk tampar bagai… berpada2 la…

Kepada kawan2 lama aku yg telah bersikap sombong tu, I have nothing more to say for now… but I will keep treating you as my friends and will keep sharing with you anything that makes me laugh, just so you will laugh too and hopefully, will give just a little joy in life… agittew…



2.       Kisah interview – sebelum dan selepas

Takda apa nak citer pun sebenarnyer… just nak bagitau semalam aku ada pergi interview kat kepong tu ha… sejauh2 alam kau… agak challenging jugak la semalam pada aku… dengan pengasuh anak2 aku x dapat jaga anak2 aku semalam sebab dia kena pergi hospital nak check darah ke ape tah… so aku terpaksa la bawak anak dara kecik aku si Adawiyah naik LRT balik wangsa maju… mintak tolong wife aku hantarkan ke lrt awan besar tu… masya-Allah jem teruk gila kat bukit jalil ni ha… lepas hantar aku kat lrt awan besar, dia kena meredah jem nak balik rumah lagi, akibatnya lambat la dia nak hantar anak bujang aku ahnaf ukail gi taska, dan lambat la dia pergi office…



Aku lak berdua dengan anak dara kecik naik train pergi wangsa maju… aku nyer tebiu kol 9.30am… sebbaik sempat la sampai… anak dara aku tu pulak time dalam train boleh pulak dia kencing, tembus pulak kena baju aku… koghase???

Masa dia melepas tu aku rasa panas je kat badan aku, memula aku skeptikal jugak sbb dia pakai diapers… aku tanya dia “adik kencing ke?” dia boleh senyum je pulak… adoyai anakku ini… geram betul la dengan kecomelan dia ni… tembus kena la baju aku yg nak pergi interview kejap lagi ni… maybe sbb diapers dia senget kot bila dia duduk dalam carrier yg melekat kat badan tu…


Sampai je lrt wangsa maju, terus bergegas keluarkan duit kat ATM, pastu amek teksi ke seksyen 2 wangsa maju… memula ingat nak amek grab, tp mahal pulak rm9… naik teksi tu baru rm4… dah la grab nak kena tunggu bagai… pastu nnt xtau nak pickup kat mana la… payah…
Sampai umah mak aku, nak bayar teksi tug una rm50 sekeping, pakcik tu xda duit pecah pulak… terpaksa la aku mintak duit mak aku nak bayar teksi tu…


Tinggalkan adik, bgtau mak dia nyer makanan dlm beg ape sumer, grab kunci HRV akak aku, terus gerak gi kepong utk iv…
Sampai agak awal, aku dpt la menjamu sarapan kat kedai kopi street depan office tu… mahal betul rm8.50 utk white coffee and chicken sandwich… tp sbb tgh lapar… makan aje lah…


The iv went well la jugak… citer la pasal education background and work experience… rasa mcm ok la… kalau ada rezeki ada la tu… xda pun dia tanya soalan2 teknikal yg aku x dpt jawab ke apa…. So skrg ni kita tunggu je lah keputusan nyer dalam seminggu dua… hopefully dapat la keje tu… xda lah aku nak pening2 risau xda keje kan…


Lepas iv balik umah mak, pastu mintak bapak anta balik jalilmas… sampai umah, ambik ukail dari taska, balik umah… bapak balik wangsa maju… kat umah, terus mandikan anak2… pastu suapkan adik makan, masak spaghetti, ukail suka betul makan spaghetti yg mak nyer masak semalam…

Itu je lah kisah interview aku semalam… x byk pasal kisah iv pun tp pasal kisah sebelum dan selepas jer…

Plan asalnyer petang iv tu, anak2 ni tokma nyer akan jaga… boleh pulak tukar plan last minute… tokma nyer tak dapat jaga petang semalam… kena terus pergi HKL katanya… so terpaksa la dedi ambik EL full day sbb nak jagak anak2… tak pasal2 unpaid leave dah kita… tp xpe la… berpenat-lelah untuk anak2... agittew...



3.       Kisah pindah rumah lagi

Takda kisah apa pun ni… Cuma aku terfikir la… kalau aku dapat keje kat Kepong tu… bini aku lak keje kat TTDI… patut x kalau kita pindah balik cari rumah area sana???


Kalau pindah ke sana, dekat sikit nak pergi keje kan… xda la nak kena menghadap jem je setiap hari… boleh bikin strees woo…

Rumah jalilmas tu carikan aje penyewa… kalau fully furnish macam rumah aku, paling2 nak letak sewa RM 1500 tu… sbb dekat dgn LRT, parking pun ada 2… rasanya mcm boleh sangat nak dapatkan penyewa tu… dapatlah cover instalment bank dgn maintenance fees… siap dapat positive cashflow lagi…


Tp kisahnyer nak pindah tu yg malas sangat tu… bukan keje mudah kan…. Aku pun baru terfikir je… tak discuss lagi dgn wife aku… tengok la camner keadaan nyer… keje kat Kepong tu pun belum tentu dapat lagi…

Biasalah aku ni memang suka fikirkan kemungkinan itu dan ini…

4.       Kisah perbelanjaan

Dalam kepala ni macam2 benda nak guna duit… nak servis kereta VCG, nak servis kereta WVE, nak repair motor WQR, nak beli rak utk pokok2, nak bayar yuran Uitm lagi… aiyooo macam2 lah nak guna duit…



Malas sungguh lah nak buat bajet perbelanjaan ni… kalau dpt je offer keje baru ni… harus aku akan menggunakan saja duit yg akua da utk segala macam perbelanjaan ni… xda masa nak fikir2 cukup duit ke tak…


Oklah malas nak citer panjang pasal ni… bikin stress kepala jer…

5.       Kisah hilang semangat dan keseronokan hidup

Sebab utama nak cakap pasal ni adalah kerana haritu I had the same discussion with my wife… sbb sekarang ni hidup mcm sangat bosan dan rutin, buat benda yang sama berulang-ulang dan dah xda benda2 menarik dalam hidup… sedih nye lah kan…


Dia cakap kita kena pergi travel baru la dapat melepaskan tension… memang la nak travel tapi bajet nyer enggak ada… ni sumer sebab tahun 2019 aku pindah rumah, bayar mcm2 nak masuk rumah renovate itu ini, beli barang2 rumah itu ini… so bajet utk berlibur dan bercuti tu takda… makanya, x dapat la kita sekeluarga nak pergi berjalan…


Tp yg lepas tu biarkan lah lepas… dah jadi pun… kita pun dah ada rumah yg fully equipped dan cantik sekarang… so sekarang ni kita focus kat masa sekarang dan masa depan…
So aku rasa it is time for me to start doing the budgeting and expenses tracking yg macam aku buat dulu tu… da dekat 2 tahun aku stop… malas nyer la pulak nak start balik…
Takpe la… kita buat slow2…


Berbalik kepada kisah hilang semangat ni, perkara ni da lama dah aku rasakan… masa tahun 2017 masa aku memula join geng GOD main VB, aku rasa sangat happy time tu sbb aku dapat bersukan main VB dan berseronok dgn bersokan…

 tp lama kelamaan, main VB tu pun dah rasa x best… dah x seronok… x exciting mcm dulu2… tp aku still pergi la jugak sekali sekala… kalau x pergi langsung karang x bersokan, kena macam2 penyakit lak aku… dah la x jaga makan… x bersokan pulak… jangan cari pasal… so kena la jugak bersukan walaupun light2 jer…



eh.. tibah cerita pasal bersokan dan kesihatan pulak… padahal topik nya pasal hilang semangat hidup…

sebenarnyer bukan mudah nak kupas pasal issue ni… dan aku yakin bukan aku sorang je yg mengalami masalah ni…. Mungkin majority orang dalam dunia sekarang pun mengalami masalah ni jugak… masing2 ada mekanisma yg tersendiri untuk cope dengan masalah ni…
mungkin jugak masalah ni merupakan masalah mentak yg mild… semuanya dalam kepala jer… 

dan cara paling bagus is kita control cara kita berfikir dan cara kita melihat hidup… menilai semula hidup… yg baik dan yang x baik… bersyukur dengan kelebihan dan berusaha memperbaiki kelemahan…
hmmm cliche nyer ayat...



Above all, apa sahaja masalah yg kita hadapi dalam dunia ni, pasti ada jalan penyelesaian nyer dan Allah sentiasa ada untuk kita meluahkan apa saja yg kita rasakan… dan Dialah yg berkuasa untuk mengizinkan permasalahan kita ni dapat diselesaikan… kita sebagai Hamba, kena usaha dan selalu berdoa la…
Cewah… tetiba fefeeling ostajah pulak aku harini…


Baiklah… sampai di sini saja hasil tulisan aku utk harini… nnt bebila time aku boring2 aku tulis lagi la yer…
Semoga bermanfaat…



No comments:

Post a Comment