Tuesday, 30 September 2014

Struggles. Lessons

Salam..
Bukan untuk membebel bukan jua untuk meluahkan perasaan, hanya niat untuk berkongsi pendapat atau mungkin pengetahuan ttg perkara yg akan dibincangkan.

Baru selesai nonton telemovie the normal heart yg aku ketahui melalui anugerah Emmy lantaran ia memenangi beberapa anugerah untuk kategori telemovie dalam anugerah Emmy tahun 2014.

Aku sangat kagumi kebolehan berlakon para pelakon. Juga penceritaan movie tersebut yg tidak terlalu complex tapi mampu untuk meninggalkan kesan yg amat dalam. Dua kriteria utama yg aku utamakan dalam menilai mutu sesebuah movie itu.

Cerita ini berlatar-masakan tahun 1981 di Amerika Syarikat, dan jiz utama movie ini adalah berkisar kehidupan homoseksual dan kehidupan mereka di awal kemunculan virus HIV. Kisah penderitaan, kehilangan orang tersayang, yg membawa kepada perjuangan untuk mendapatkan bantuan dan sokongan dari pihak kerajaan juga masyarakat di AS.

Kisah tentang komuniti gay di AS yg berjuang mendapatkan equality dalam kehidupan mereka, supaya mereka dipandang sama paras dgn masyarakat normal yg lain. Tidak dilabel sebagai ‘sakit’ dan tentang hak mereka untuk diberikan perlidungan juga perihatin dari masyarakat dan kerajaan.

Kisah yg real dan dpt memperlihatkan kepada kita tentang  kepayahan yg terpaksa dilalui oleh segelintir masyarakat dalam dunia ni. Memperingatkan kita tentang kepayahan kita sendiri yg mungkin beda dari mereka.

Setiap org punya hidup yg tersendiri. Apa yg kita hadapi pada masa lalu dan pada masa akan datang pastinya tidak sama dgn individu yg lain. Tahap penerimaan dan kebolehan mengawal reaksi dan tindakbalas dgn perubahan sekeliling adalah berbeza dari satu individu dari individu yg lain. Namun, ada satu aspek dalam hidup ini yg mana semua manusia miliki yg sama, iaitu keperluan untuk berserah kepada Tuhan.

Aku bukan bicara tentang agama, tapi tentang fitrah manusia yg pastinya ada kepercayaan terhadap kuasa yg lebih besar dalam dunia ini. Tentang kuasa yg mana akal manusia pastinya tidak mungkin dapat menangkal. Tentang kejadian alam dan fenomena aneh yg hanya boleh dijelaskan pada akal manusia sbg suatu keajaiban. Itulah kuasa Tuhan.

Aku tidak kuasa borak tentang golongan atheist yg tidak punya percaya terhadap kuasa Tuhan. Aku belum pernah berkesempatan untuk bual dgn mereka untuk mendalami apa yg mereka fikir juga percaya. Aku tidak boleh membuat sebarang kenyataan ttg mengapa mereka tidak percaya, juga aku yakin bahawa percaya kepada Tuhan, iaitu iman yakni hidayah, itu adalah suatu anugerah pemberian Tuhan, yg hanya Dia yg mampu beri.

Pada pendapat aku, semua orang ada kesusahan dan ‘struggles’ yg tersendiri. Kita tidak berada dalam kehidupan mereka dan kita tidak akan dapat memahami secara total apa yg mereka lalui. Adalah tidak wajar utk kita terus menerus menghakimi dan berpandangan serong serta memberi layanan ‘double standard’ terhadap org lain hanya kerana kita tidak setuju dgn pilihan mereka.

Ketahuilah bahawa walau kita beza antara satu sama lain, kita masih boleh pelajari sesuatu dari satu sama lain. Kita semua makhluk Tuhan, dan setiap dari kita akan pulang kepada-Nya. Hanya Dia yg layak menilai dan menghakimi kita kerana sesungguhnya, Dia yg maha mengetahui dan maha Adil.

Aku tak mahu bual panjang di sini. Aku syukur dan berterimakasih atas kesedaran yg aku peroleh melalui tontonan telemovie itu. Memang benar ada aspek movie itu yg negative dan sangat menyesatkan tapi fokus sahaja pada yg baik, dan salurkan utk pembangunan serta penambahbaikan diri sendiri dan orang lain.

Sampai di sini saja, sehingga di lain masa. Moga tulisan ini temui kalian dalam keadaan yg baik dan kalian peroleh kebaikan dan ilmu yg berguna, insyaallah.

Kendian~


No comments:

Post a Comment