Monday 25 August 2014

saya travel lagi..

salam..

sekarang ni aku berada di Accra Ghana.. arrived here yesterday morning at 1140am Ghana time.
time difference between here and Singapore is 8 hours.
My flight from Singapore was at 1.40am on the 24th of September, Sunday.. transit at Dubai for 3 hours.. so in total, my journey from Changi to Accra took 18hours.. lama gila kan..

so right now i'm in my hotel room. i'm staying at Holiday Inn, very near to the airport.
Cantik gak Hotel ni.. bilik pun selesa




Dont know what to do nor where to go here.. next to this hotel there's a mall called Marina Mall. It is really small compared to the malls we have in Malaysia.. it took my 10 minutes to finish walking around the mall and see all the stores inside..

there's supermarket inside and i bought snacks for me to osel osel when in hotel room.. ok barang sini mahal ok compared to kat malaysia.. pastu beli kepok yg mcm pringles tu, tp nama die  uncle's snack tp rasa x sedap langsung ibarat makanan orang diabetis jer tawar leweh..

mall xda wayang xda arcade or any entertainment.. super lame, and i am bored again.. hence this blogpost, which i am not sure the purpose of it other than as a means for me to menghilangkan bosan..

haa still bosan though..

ok lemme story a bit about the purpose of my trip to Ghana this time.
Honestly, I myself am not entirely certain but this is what the Client sent to us..

From this – the vendor will provide formal recommendations & solutions related to:
· Quality survey of the “As built – designed” PA loudspeaker distribution network /  GA network
· Recommendations to improve the quality of the system, with respect to PA quality and personnel understanding PA loudspeaker distribution network commands, especially in Emergency / GA situations
· Carry out a Material Take of list, for preparation of formal quotations to upgrade / improve system
· Carry out a Spares survey vs. Recommended spares / Special tools
· Provide a formal report 

haaa.. aci x aku nak chuak sikit pasal kerja ni.. rasa cam x cukop confident lagi sebenarnyer nak buat benda ni.. 
mungkin sebab kena buat sengsorang kan.. haaaa.. chuak chuak..

tapi apa lah chuak tu dapat buat untuk tolong aku pon.. feeling nervous aint gonna help me here.. it could make things worse je nanti..
so baik kita cool je kan.. dan hadapkan aje apa keje kena buat.. insyaallah Allah tolong kita buat keje kalau ikhlas dan jujur.. cewah..

so kisahnyer esok driver akan ambik dari hotel ke airport and aku akan naik flight lagi ke Takoradi, dari Takoradi akan naik chopper ke FPSO Jubilee.. jadual kerja yg dirancangkan adalah selama 5 hari je.. tp i am not convinced that it'll take only 5 days.. probably more.. which i have no issues against that to be honest.. the longer the better sbb dalam kumpol duit allowance offhsore..

tp kekdahnyer orang malaysia yg akan nak aku balik cepat, my fiance my mak my bapak..
theyre worried of my safety especially now after several cases of ariplane disaster.. missing MH370 and the shooting down of MH17.. Alfatihah kepada mangsa2.. dan kesian dgn family mereka.. nak buat camner.. ini kan qada' dan qadar ketentuan-Nya..

ok kesian jugak kat MAS pasal kena hadapi tragedi2 ni.. memburukkan reputasi dan nama baik MAS.. tp aku still menaruh keyakinan dgn keupayaan MAS sbb benda yg da jadi ni xda saper boleh duga and it couldve happened to any airline.. orang lain yg x yakin dgn MAS dan xnak naik MAS tu lantak depa la..

owh speaking of airlines.. ni nak habaq sikit ni.. aritu masa dtg Ghana from Singapore aku naik Emirates Business Class kau.. haaaa #kelaskaumaria..
aku mengaku it was my first time and i was so excited.. ok mmg best pon.. everything was so much better..
the seat, the food, the service.. peramugara peramugari semua sangat friendly dgn penumpang business class.. haaa mungkin Emirates sahaja begitu, mungkin airlines lain x macam tu.. itu aku tak pasti sebab baru sekali naik business class..

and the best part was dapat menunggu kat Emirates lounge yg ada kerusi sedap dgn byk tempat nak charge phone, sambil ada buffet utk makan mcm2.. ada pastry, sandwich, kek, juices.. mmg best la.. tp sumer makanan lite2 je la.. xda la die kasi steak pizza or pasta time nak menunggu2 kat lounge tu..
Emirates Business Lounge in Changi




can adjust seat jadi bed.. oh so ohsem

besar screen kau

belanja selfie sikit #noob

breakfast

Lunch - Appetizer

main course lamb biryani

dessert citrus cake

the atmosphere, the ambient and the feeling of being in the lounge tu is what makes travelling business class better.. bak kata si salleh, terdapat jurang kasta yg jelas antara kelas ekonomi dgn kelas business.. apatah lagi first class.. dan selepas da pernah naik business class ni aku setuju dgn apa Salleh cakap tu..

aku ni pon nasib baik je dpt naik BC sebab client yg belikan tiket pegi Ghana ni.. kalau nak harapkan Omega belikan mmg tak merasa la jawabnyer.. mesti nak carik yg paling murah kan.. so pendek kata ni la rezeki aku dan mungkin lepas ni xtau la bila lagi nak merasa naik BC..

bebudak servis lain pon cam byk tanya "weh nape kau dpt naik business class weh?" lepas aku post gambar boarding pass aku kat instagram.. haha.. jawab aku senang je.. client yg belikan..

haaa.. tetiba teringat lagi satu cerita bila cakap pasal post gambar kat instagram..
ni pon sebab aku ada post gambar no giliran aku time pergi interview Sapura Kencana Petroleum dekat Hotel Renaissance JB itu hari..



aku interview untuk position project engineer based in Lumut Perak..
haaa belum pape lagi da berangan tau nak keje Perak.. tapi mengikut firasat dan intuisi aku berdasarkan apa yg terjadi sewaktu interview itu, aku rasa macam aku da dapat keje tu..
based on what the interviewer said "i really like you, you're very projectable and know how to sell yourself"
itu ayat die awal2.. i was happy to hear that but didnt think it meant anything.. then he said this "i will put in in Project Team, under E&I division. You will be reporting to E&I manager who is currently in SK HQ in KL.."
time tu aku blur gila.. then he continued..
"so for now until December or early January you will be based in KL, then after detailed Engineering Stage, you will be stationed at Lumut for the project"
pastu he wrote my name in his small book, together with my no giliran, degree apa, contact number and email add etc etc..
and i was shocked, but inside i was overwhelmed with excitement.. what does this mean?? do i get the job??? i dont fucking know!!! but to me it sure sounds like ive gotten the job..

but i am trying hard to not get my hopes high because anything can happen kan.. selagi belum dpt official offer selagi tu aku takkan menaruh harapan setinggi gunung.. xda official offer so jgn berangan please..

so itu lah kisah aku pegi walk in interview SKP yg byk gila orang time tu.. haaa.. berjam2 aku menunggu.. aku dah usaha, dah buat apa yg aku boleh buat.. skrg ni tunggu je la jawapan die.. ada rezeki insyallah..

tapi kalau da ditakdirkan aku x dpt pun, aku syukur sbb dpt peluang gi interview tu.. lagipun aku suka dgn keje aku skrg..sbb sgt relax dan tak stress.. lebih2 lagi sbb berpeluang travel pegi negara orang sana sini..
tahun ni je aku da pergi travel 3 negara asing yg aku takkan pergi kalau bukan kerana Omega Integration..
Myanmar in February, Qatar in April and now Ghana in August..

TQ Omega and TQ God for this opportunity.. sesungguhnya aku hanya akan doakan yg terbaik untuk aku dan orang2 sekeliling aku.. keluarga dan sahabat2.. kalau dpt SK, aku yakin itu yg terbaik untuk aku.. kalau x dpt maknanya Omega is whats best for me.. simple kan fikir camtu..

i just received a news saying that Sharul, my colleague whom i went to Qatar with was admitted to Hospital just now.. im not sure of his condition.. maybe he was admitted because of his back pain which he'd been complaining since last week.. after his trip to Korea.. aritu cakap xleh bangun sbb sgt sakit.. my frens and i managed to visit him at Pulai after Che Ta's housewarming last time..
i pray that he'll recover soon.. my prayers are with you buddy..

owh speaking of friends, another ex colleague of mine, ex Omegarian Shafiq Yahini da selamat diijabkabulkan dgn kekasih hatinya siti Hajjar.. 
kenduri aritu boleh kata hampir semua Omegarians and ex Omegarians dtg kat Pekan Kayu Ara Pasong Pontian.. I went there with my lovely fiance..
sedap makannyer.. Alhamdulillah..
we took photos with the pengantin but not using our phones la.. photographer yg amekkan.. yg amek guna camera sndiri gambar2 dgn kawan2 je la..



ok kegemokan semakin menjadi jadi.. tp xpe la.. nnt gi la senam kasi kurus balik.. haha.. citacita murni sgt..

haaa ni nak share something yg xda kena mengena.. paintings yg ada sekitar kawasan hotel ni yg aku rasa agak unit dan cantik.. so here they are.. african themed..






oklah aku cam da xda idea nak citer ape lagi.. nnt kita borak lagi yer.. 
nak gi carik makan kat restoran bawah tu..
kendian~~













Tuesday 12 August 2014

Da lama sungguh kiranya aku tak berbual dalam blog kesayangan ini..

X perlu la aku membebel menerangkan akan sebab musabab akan kehilangan dan kesepian blog ini setelah lebih sebulan ditinggalkan.. xda sapa yg peduli dan alasan aku hanya lah alasan semata2..

Sekarang aku merasa seperti mahu berborak seorang diri dan di mana lagi tempat yg lebih afdhol untuk aku ceritakan kisah sendu hidup lara aku ni kalau bukan di dalam ni.. di mana semua benda hanyalah kata kata dan tiada apa yg betul2 solid molid untuk dijadikan fakta kes atau untuk memenangi argument.. wah awal2 lagi da merepek-pepek..

Ada beberapa perihal yg ingin aku ketengahkan..

Yg pertama adalah berkenaan kisah perbandingan antara pelaburan dalam saham amanah bumiputera against the famous unit trust (public mutual, cwa etc..)

Kisah aku dgn unit amanah bermula seawal aku berusia 21 tahun, iaitu pada tahun 2008, aku telah pulang ke tanah air membawa sejumlah uang tunai sebanyak lebih kurang rm10k untuk dilaburkan..
Aku diperkenalkan dgn seorang agent unit amanah yg mewakili cwa (cimb wealth advisor)..tapi malang nyer aku da lupa akan nama encik tu.. dan aku takda niat pun nak ingat nama lelaki tu sbb die adalah seorang yg tidak bertanggungjawab..

Kisahnyer.. ketika aku pulang ke Malaya pada cuti musim panas tahun 2007/2008 aku telah membawa pulang sejumlah uang yg agak lemayan hasil pemberian generous encik MARA sewaktu tahun pertama pengajian, sepatutnye digunakan untuk beli barang itu ini termasuklah buku2 untuk pengajian kejuruteraan. Tapi faculty engineering kami sangat bermurah hati kerana mereka menyediakan nota2 dan kertas kerja untuk pelajar, mungkin juga kos untuk semua nota dan kertas kerja itu sudah termasuk dalam yuran pengajian, itu aku tak pasti.

Anyhow, berbekal uang sebanyak rm10k aku telah membuat pelaburan dalam unit amanah melalui CWA.. dan selama 3 tahun aku tidak mengusik uang itu, dan selepas tempoh pengajian aku tamat dan aku pulang ke Malaya pada tahun 2011, aku telah cuba menghubungi kembali agent CWA tersebut, tapi malang sekali manusia itu telah pun menukar no telefon nye dan gagal untuk dihubungi melalui telefon, bahkan juga melalui email.

Disebabkan kesakitan hati dan perasaan x puas hati dgn perkhidmatan dan ketidakbertanggungjawaban agen cwa tersebut aku telah membuat keputusan untuk menyemak sendiri jumlah baki pelaburan unit amanah itu setelah lebih 3 tahun di laburkan.

Alangkah terkejut dan hampa rasa hati aku bila mendapat tahu bahawa pelaburan sebanyak rm10k yg aku mulakan pada tahun 2008 itu telah mengalami kerugian. Baki pelaburan pada tahun 2011 yang aku semak pada waktu itu adalah sebanyak RM9600 walhal sewaktu mahu memulakan pelaburan, aku dikhabarkan bahawa pelaburan itu mampu menjana dividen dan bonus dgn peratusan yg jauh lebih tinggi dari asb atau skim pelaburan lain yg ada dalam Negara pada waktu itu. Aku telah dijanjikan peratusan pulangan dividen setinggi 20 – 30% setahun menerusi pelaburan unit amanah CWA tersebut.

Cuba bayangkan bertapa kecewa dan marahnya aku pada waktu itu setelah mendapati aku telah mengalami kerugian sebanyak rm400 sedangkan aku telah mengharapkan keuntungan setidak2 nya 1k or 2k hasil simpanan/pelaburan selama 3 tahun tersebut.

Akibat dari perasaan hampa dan kecewa aku telah mengambil keputusan untuk mengeluarkan semua baki uang yg masih tersimpan di dalam acc itu dan menutup terus acc tersebut. Aku kemudiannya telah berhubung dgn seorang agent public mutual bernama Jia Ling, seorang amoi yg sungguh manis perilaku dan gaya bahasanya. Hasil dari pertemuan kami itu, aku telah mengambil keputusan untuk menyimpan rm7k di dalam public mutual yg akan diuruskan oleh saudari JL. Pada mulanya aku agak sangsi akan hasil yg akan aku peroleh dari pelaburan ini, tapi atas dasar mahu mencuba dan mahu memberi peluang kedua kepada unit trust, aku telah meneruskan dgn rancangan pelaburan itu. Mungkin juga kerana JL telah Berjaya memenangi keyakinan aku tentang potensi keberuntungan pelaburan itu pada waktu tersebut, iaitu sekitar pertengahan tahun 2011.

Setahun berlalu dan pada akhir  tahun 2012 aku telah menyemak hasil pelaburan dgn jia ling. Sekali lagi aku dikejutkan dan menerima berita buruk bila aku mendapat tahun pelaburan itu telah mengalami kerugian akibat dari penurunan pasaran di Negara China. Pada masa yg sama, aku telah didedahkan tentang keselamatan dan keterjaminan pelaburan dgn ASB. Aku juga telah dimaklumkan tentang pilihan membuat pinjaman dari bank2 utama Negara seperti Maybank, CIMB, RHB dan lain lain untuk digunakan sebagai modal pelaburan dalam Amanah Saham Bumiputera oleh PMB.

Tanpa berlengah aku telah menghubungi JL dan meminta dia mengeluarkan semua uang pelaburan yg berbaki RM6800 itu dan telah menyimpannya di dalam akaun maybank aku.

Aku lalu terus pergi ke maybank dan membuat permohonan pinjaman pelaburan ASB berbekalkan baki duit yg tinggal untuk digunakan sebagai uang pembayaran balik pinjaman berjumlah rm597 untuk tahun pertama. Proses permohonan pinjaman berjalan lancer kerana aku tidak punya sejarah atau rekod kurang elok dgn bank atau mana2 institusi kewangan. Pada awal tahun berikutnya, aku menerima pulangan dividen sekitar 7.5% tapi telah diproratakan kerana tempoh pelaburan tidak sampai 1 tahun.

Tahun kedua pelaburan menampakkan hasil pelaburan yg konsisten di mana dividen dan bonus sejumlah 7.8% telah aku peroleh. Kali ini aku mendapat hasil penuh kerana tempoh pelaburan cukup 1 tahun.
Aku menggunakan sebahagian dari hasil pelaburan untuk membayar semula bayaran bulanan pinjaman pelaburan ASB dan aku bercadang untuk berbuat sedemikian sehingga tamat tempoh pembayaran balik iaitu dalam masa 25 tahun.


Sehingga kini aku masih meneruskan pelaburan dgn ASB dan berasa sangat teruja setiap kali awal tahun kerana aku bukan saja akan dapat bonus dari majikan malahan dari PMB. Namun demikian, aku harus sentiasa ingat bahawa wang bonus ASB itu aku perlu asingkan sejumlah besar untuk digunakan sebagai pembayaran balik pinjaman. Jika aku gagal berbuat demekian, aku mungkin berdepan masalah besar untuk membayar balik setiap bulan dan pelaburan ASB tersebut berkemungkinan untuk dibatalkan dan aku akan mengalami kerugian yg amat teruk.

nampaknya minat dan keinginan aku untuk meneruskan bual dalam coretan kali ini sudah sampai ke hujung nya. sehingga berjumpa di lain masa.. 

adios~~