Wednesday 4 February 2015

indonesia

salam semua..

mmg dah lama aku tak menulis di sini..
aku anggap itu suatu lumrah di mana keadaan berubah, mungkin juga manusia termasuk diriku..
jadi aku berubah,
menulis blog bukan lagi satu priority..
emang nya sebelum ini juga bukan satu priority cuma barangkali kebelakangan ini aku tidak punya kesempatan yg byk utk menulis.
aku ada di indonesia sekarang, atas urusan kerja.

ada di sini utk sebagai supervisor utk menyelia dan memeriksa kerja2 pemasangan system PAGA utk projek Banyu Urip di kawasan bernama Bonorejo dekat Jawa Timur.
aku percaya aku pernah menulis tentang projek ini dalm entry yg lalu, sewaktu aku masih training di Singapura sekitar lewat tahun 2013zz

di sini, aku menetap di Hotel Mega Bintang di daerah Cepu, Jawa tengah di mana perjalanan ke Bonorejo mengambil masa kurang lebih 30 minit.

aku ke sini bersama Azlie, rakan sekerja di Omega.
Namun hari ini dia ke Lamongan yg jauh nya dalam 3 jam perjalanan dari Cepu.
aku berasa tak senang dgn pemergian Azlie ke Lamongan kerana kerja yg dilakukan di Lamongan itu bukan dalam skop kerja utk kami di sini.

tapi aku tak mahu bikin ribut dan buat kecoh.
aku rasa aku tak bakal berdepan masalah kalau berja seorangan di sini hari ini.

cuma pada waktu ini aku tidak boleh bikin apa2 kerja kerana permit yg belum dapat kelulusan.
jadi aku cuma nunggu di bawah building OB-02 ini utk permit nya siap.

aku merasa sakit perut,
dan mengalami cirit birit.
tak pasti pula apa yg ku makan sehingga cirit birit sebegini, atau mungkin itu adalah gejala tahunan buat diriku. bila dtg bulan januari atau februari aku pasti akan cirit birit.
aneh, bukan?

sudah dekat seminggu aku mengalami selsema dan hidung berair.
aku rasa aku tau apa puncanya.
kerja di tgh panas di waktu siang hari lalu tidur di bilik berpendingin hawa di malam hari.
aku syak ini lah punca selsemaku masih belum mahu hilang..
sudah habis pun ubat selsema yg diberi doktor minggu lalu,
sekarang aku hanya makan panadol utk selsema.
namun sudah 2 hari aku berhenti makan panadol itu kerana aku tak mahu aku punyai kebergantungan terhadap ubat2an.

aku mahu menulis lagi namun battery phone aku sudah hampir habis.
aku harus berjimat supaya dpt berhubung dgn org lain jikalau keadaan memerlukan.

aku rasa sangat lapar skrg #random

sehingga di lain masa.. kendian ~~