Tuesday 17 April 2018

Kesedihan... Bertabahlah..


20180417 2207

Harini selasa

Aku kat kerteh.. kena station sini sampai bulan 8, maybe sampai bulan 9..

Aku sedih.. kena tinggalkan anak bini

Sekarang dalam kepala mmg asyik teringat kat anak bujang kecik aku ahnaf ukail

siang tadi masa nak keluar rumah, dan tertoleh kat bas kuning ahnaf, aku hampir2 menitiskan air mata..

Hati rasa x senang.. rasa mcm nak berhenti keje je sekarang sbb kena berjauhan dari family mcm ni..

Mcm rasa baik aku bawa grab uber je.. atleast aku boleh balik rumah setiap hari boleh jumpa anak bini..

To be honest mmg aku ada fikir mcm tu pun skrg ni..

Tapi bawak grab bukan lah jawapan nya..

Aku masih xtau apa jawapannya..

Ada masa bila aku kat luar dan melihat bagaimana hidup orang lain lagi susah dari hidup aku, aku rasa aku mmg patut bersyukur.. bersyukur sbb masih ada pekerjaan yg halal dan boleh tahan baik mcm skrg..

Aku sangat sedih skrg sbb sangat rindukan my family

Aku hanya boleh balik setiap 2 minggu dan tu pun waktu aku ada kelas..

Aku tulis kat sini sbb aku tgh cuba untuk menenangkan hati dan perasaan aku skrg..

Situasi skrg ni buat aku sgt tak happy..

Aku suka keje aku tapi aku x suka bila kena berjauhan mcm skrg ni..

Sebelum ni site dekat kat port klang, walaupun aku kena gerak awal kol 7am dan balik sampai rumah kol 9pm, aku tak kisah sebab aku masih balik rumah.. tp bila kena dok site jauh2 mcm skrg aku rasa mcm aku x boleh nak handle..

Aku mmg akan start cari keje lain.. keje yg aku x perlu pergi site..

Tapi nnt aku akan x suka pulak dgn kerja tu, mcm sebelum ni aku keje dekat IQL tu aku x perlu pergi site dan aku pun x happy bila keje mcm tu..

Aku rasa mcm berbelah bagi sangat sekarang ni..

Aku dah mmg since start keje da biasa pergi site.. kalau dulu masa bujang aku x kisah pun..

Atau pun masa da kawin tp belum ada anak, perasaan tu x seteruk mcm skrg ni..

Atau masa ada anak tp anak bini duduk jauh rasa x mcm skrg.. 
Tp bila da dok sama dgn anak bini selama 9 bulan yg lepas, dan skrg kena pergi site dan berjauhan buat aku rasa sangat tak boleh nak handle..

Ada sebahagian kecil dalam diri aku yg cakap, mungkin aku sepatutnya tak boleh terlalu attached dengan keluarga aku.. utk rasionalnya, kerana semua benda dalam dunia ni adalah sementara..

But I just cant, I cant accept this argument..

This is the hardest thing that I have ever done in my life..

Seriusly skrg raa mcm nak menangis..

Bila tgk video dan dgr suara anak kecik aku yg my wife shared thru whatsapp perasaan rindu dan sedih tu jadi berkali2 ganda..

Aku tau bersedih mcm ni x kan menyelesaikan apa2..

Aku patut cari jalan penyelesaian..

What options do I have?

1.       Cari keje lain?

2.       Bawa grab?

3.       Bertabah dan jangan terlalu fikirkan?

Semua options yg ada tu aku x suka..

Kalau option1, cari keje lain, aku nak cari keje mcm mana? Aku nak jadi cikgu tp takda peluang..

Jadi cikgu mrsm pun xda peluang, jadi cikgu sekolah biasa pun xda peluang.. No opening!

Dan kalau ada pun gaji nye mesti separuh dari sekarang ni..

Untuk jadi lecere kena ada masters degree, atau PHD, hence the decision to sambung belajar..

Nak keje jadi engineer tp x nak pergi site? Nnt jadi mcm masa keje dekat IQL pulak..

Kalau ada pun nnt mungkin kerja bukan permanent, iaitu kerja kontrek.. IQL dulu pun kontrek jugak..

Dan kat sana pun sbb kondisi kerja dia sangat x best, jadi aku ambik keputusan utk berhenti dan bawa grab je.. 

Best scenario is, aku dapat keje baru dan keje baru tu ada the followings

1.       Gaji sama atau lebih dari skrg

2.       Permanent position

3.       Keje pergi site tp dalam area KL je. Kalau pergi outstation pun x lama sampai 4-5 bulan

4.       Dapat boss yg best dan boleh tolak ansur dan tolong bila kita taktau

Aku rasa tu je kriteria keje yg aku perlukan..

Tp pada zaman skrg ni mmg susah la nak dpt exactly mcm yg kita nak tu..

Tp kita kena la cari kan.. kalau x cari mana nak dapat..

So kisah nye kena la update resume dan mula mencari stat!!



Option2 which is bawa grab

Aku da cuba da bulan januari tahun ni..

Dah lah xda cuti, kalau kau cuti kau xda income.. ni yg jadi time wan aku meninggal tempoh hari..kalau keje biasa ada compassionate leave, tp sbb bawa grab, ko cuti ko yg xda duit..

Dan xda kwsp.. xda pay slip..

Keje long hours.. bawak kereta dalam jam yg sangat memenatkan..

Dan sometimes kau dapat passengers yg negro la Nepal la bangla la #racist.. and some of them stink..

Tak berbaloi jugak sbb bila kau tolak cost utk petrol n maintenance, utk waktu kerja kau yg sampai 10-12 jam sehari selama 6 hari seminggu kau hanya boleh dpt dalam 3.5k-4k saja..

And being on the road for all those hours, it’s a risk sbb ko boleh eksiden dan mati.. or worse, kau cacat xleh keje langsung..

Sbb tu la bila aku terfikir nak buat grab aku mmg akan fikir berkali2 sbb x berbaloi dgn risiko nyer..


Option 3 is bertabah dgn situasi skrg sampai dpt keje lain?

Aku rasa nak taknak aku terpaksa la pilih option 3, sbb ni yg paling baik buat masa ni..

Walaupun hati ni meruntun dgn situasi skrg, terpaksa berjauhan dgn family,

Rasa bersalah dgn wife sbb biarkan dia seorang utk jaga anak especially time dia tgh pregnant skrg..

Boleh x kalau aku bring this up to my boss, and ask to only be sent to site yg jauh2 dari KL bila my wife habis pregnant?

Aku rasa kalau aku nak bring this up to him, I should be prepared for the backfires..

kemungkinan2 yg boleh terjadi..
Mungkin dia akan suruh aku berhenti keje?

Aku ingat lagi masa interview dia ada tanya sbb masa tu dia plan nak anta aku pergi gebeng dan aku cakap ok.. aku sendiri yg agree utk terima keje ni, sbb masa tu aku dah x tahan dgn pekerjaan bawa grab..

Ntah la buat masa ni aku kena la bertabah je dulu..

Dan financially I cant afford to lose this job..

Sbb tu la aku cakap ni je pilihan terbaik yg aku ada.. walaupun sangat sedih dan meruntun jiwa..

Dgn tulis kat sini je aku dpt luahkan perasaan sedih ni..

Mungkin ada sesetengah orang yg suka bila berada dalam situasi aku, sbb seolah2 hidup bujang.. x yah susah2 jaga anak.. xda bini nak kawal pergerakan atau buat apa2.. but not me..

Aku sikit pun x rasa happy skrg..

Bila aku tulis kat sini, aku imagine maybe dalam masa 10 tahun nnt, time anak aku dah besar dan boleh faham sikit dunia dan di abaca apa yg aku tulis, apa agaknya yg dia fikir..

Will he be mad at me for leaving him and his mum for months?

Will he be able to understand that its not my desire..

Daddy buat semua ni sbb terpaksa bukan saja2..

Maybe aku patut tido je skrg ni..

Maybe benda ni hanya akan rasa sangat susah pada awal2 saja..

Maybe bila da bermingu2 nnt perasaan sedih tu akan berkurang..

Atau mungkin jugak tak?


Okla, sampai sini saja, aku pon da ngantuk esok kena bangun awal pulak..

Later~~